12:39 AM

SEJARAH SYARIKAT

Posted by akhi alfadh

PJ FOODS INDUSTRIES SDN BHD merupakan sebuah kilang memproses tepung goreng ayam & rempah ratus milik bumiputera.PJ adalah singkatan bagi nama Peramu Jaya, dimana Peramu Jaya adalah tempat bermulanya penubuhan kilang ini iaitu pada tahun 1989 – untuk pasaran Pekan / Kuantan sahaja.


(Kilang di Peramu Jaya)
Pada tahun 1990, kilang rempah ini dinaik taraf kepada PJ Food Store.

(Kilang di Indera Mahkota)

Pada tahun 2000, kilang ini telah berpindah ke Kuantan iaitu di Indera Mahkota 14. Syarikat telah meningkatkan pengeluarkan kepada lebih 30 jenis produk dan mula meluaskan pasaran ke seluruh Malaysia.

Tahun 2005 hingga kini, syarikat telah berupaya menambah kategori produk kepada pes dan premix. Selain itu, produk syarikat juga diperluaskan ke pasaran seperti Giant , Carrefour, Tesco, Mydin dan Eksport ke Brunei.


Pemilik syarikat ini adalah Pn. Norehan Haji Mohd Nor. Beliau berpengalaman luas dalam pembuatan rempah-ratus dan tepung goreng ayam.Beliau telah menceburi bidang perniagaan ini sejak kecil lagi. Pernah memperoleh Anugerah Usahawan Berpotensi MARA peringkat kebangsaan 2006 dan beberapa anugerah lain.

0 comments:

Post a Comment