1:46 AM

SELAMAT DATANG KE BLOG PJ FOOD INDUSTRIES SDN BHD

Posted by akhi alfadh


PJ FOOD INDUSTRIES SDN BHD adalah syarikat milik 100% bumiputera. Merupakan syarikat Sendirian Berhad, yang dimilki oleh Pn Norehan Bt Mohd Nor. Mula ditubuhkan di Pekan, Pahang Darul Makmur kawasan Peramau Jaya dan pada tahun 2000, pusat operasi kilang telah berpindah ke bandar Indera Mahkota, Kuantan dan kini merupakan salah satu syarikat pengeluar produk berasaskan rempah ratus dan tepung goreng ayam di Malaysia.


Pernah mendapat beberapa anugerah daripada agensi kerajaan dan swasta. Kini, PJ Foods Industries Sdn Bhd telah berjaya mengeluarkan lebih daripada 30 jenis produk rempah dan di antara yang popular adalah Rempah Opor, iaitu makanan tradisi yang berasal dari Pahang, dan juga Rempah Gulai Nasi Dagang yang popular di Pantai Timur. Kami sedia menerima tempahan rempah secara pukal untuk majlis anda, juga untuk hotel, kantin, kafeteria dan juga menu harian anda..hubungi kami untuk maklumat lanjut.