Dengan konsep mudah,cepat dan lazat, Pes Opor Sajian Puteri Ayu diadun khusus untuk anda yang terlalu sibuk dengan rutin harian. Dengan hanya 3 langkah mudah, anda boleh menikmati menu tradisional yang enak dan lazat.
Pes/Rempah Opor adalah resipi diraja Pahang yang sangat popular di Bandar Diraja Pekan. Resipi ini dihasilkan dengan menggunakan rempah ratus yang telah dipanggang dan dicampurkan dengan bawang, lengkuas, halia, serai, gula dan garam. Anda boleh menggunakan pes ini untuk menghasilkan opor daging atau ayam dengan hanya menambah santan pekat dan kerisik sahaja.
RESEPI PES OPOR PUTERI AYU
BAHAN-BAHAN
- 1 Paket 180g PesOpor Puteri Ayu.
- 1kg daging atau ayam.
- 1 cawan santan kelapa.
- 1 sudu kecil kerisik.
- Masukkan Pes Opor Puteri Ayu, santan, ayam atau daging ke dalam air rebusan daging.
- Masak dengan api perlahan sehingga daging menjadi empuk dan kuah semakin pekat.
- Apabila kuah menjadi semakin pekat, masukkan kerisik dan kacau. Opor anda sedia unuk dihidangkan.
3 comments:
Mcm mna sy nk dptkn rempah opor ni ye? Ada jual kt mna?
Mcm mna sy nk dptkn rempah opor ni ye? Ada jual kt mna?
kat mn sy boleh dapatkan rempah opor ni ye?
Post a Comment