9:47 PM

Rempah Kari Ikan

Posted by akhi alfadh


RESEPI KARI IKAN

Bahan-bahan A

  1. 26g Rempah Kari Ikan "Puteri Ayu"
  2. 600g ikan
  3. 3 cawan santan kelapa
  4. 8 ulas bawang merah
  5. 4 ulas bawang putih
  6. Air asam jawa secukup rasa
  7. Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN B

  1. 3 Ulas bawang merah (dimayang)
  2. 3 ulas bawang putih (dimayang)
  3. 1/2 sudu teh halba
  4. Daun kari (jika ada)
  5. 1/2 cawan minyak masak

CARA MEMASAK
  1. 8 ulas bawang merah ditumbuk bersama 4 ulas bawang putih. Kemudian, perahkan air asam jawa kedalamnya, masukkan rempah kari ikan dan gaul rata.
  2. Tumiskan bahan B sehingga berbau wangi. Kemudian, masukkan bahan campuran yang pertama tadi dan biarkan sehingga garing.
  3. Masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih, setelah mendidih, masukkan ikan.
  4. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  5. Sedia untuk dihidang.

0 comments:

Post a Comment