8:27 PM

Rempah Beriani

Posted by akhi alfadh


RESEPI BERIANI

Bahan-bahan

  1. 22gm rempah beriani
  2. 1kg beras basmati atau 4 tin susu beras
  3. air 4 tin susu (sukat air sama bayak dengan beras)
  4. 3 tangkai daun ketumbar
  5. 1/2 senduk minyak masak, campur minyak sapi
  6. 1 sudu teh pewarna kuning telur
  7. 1/2 tin susu cair

Bahan-Bahan A

  1. 2 kuntum bunga lawang
  2. 2 inci kayu manis
  3. 3 helai daun pandan

Bahan-bahan B (dikisar)

  1. 10 biji bawang putih
  2. 2 biji bawang besar dan 2 inci halia
Cara Memasak

  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan A hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan B dan dan rempah beriani dan tumiskan hingga garing.
  3. Masukkan air. susu cair serta garam dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan beras dan masak seperti biasa.
  5. Setelah agak kering, masukkan daun ketumbar. Gaulkan rata dan titiskan pewarna kuning telur.
  6. Biarkan antara 10-15 minit. Sedia untuk dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment