12:31 AM

REMPAH KARI DAGING DAN AYAM

Posted by akhi alfadh


Masakan kari daging dan ayam sangat popular di kalangan rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama. Menu ini sering disajikan sama ada di rumah, majlis kenduri atau keramaian, di hotel dan di mana-mana sahaja. Cubalah Rempah kari keluaran kami untuk memenuhi selera harian anda. Pasti memuaskan hati dan menepati sitarasa anda...

RESEPI KARI DAGING DAN AYAM

BAHAN-BAHAN A
  1. 60g Rempah Kari Dagging Puteri Ayu
  2. 1 kg daging atau ayam
  3. 3 cawan santan kelapa
  4. 10 ulas bawang merah
  5. 1 inci halia
  6. 5 biji ubi kentang
  7. air asam jawa secukup rasa
  8. gula dan garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN B
  1. 3 ulas bawang merah
  2. 3 ulas bawang putih
  3. 5 kuntum bunga cengkih
  4. 1 kuntum bunga lawang
  5. 5 biji buah pelaga
  6. 4 cm kulit kayu manis
  7. 1/2 cawan minyak masak
CARA MEMASAK
  1. Bawang merah dan bawan gputih dimesin halus
  2. Masukkan rempah kari ke dalamnya dan gaul rata.
  3. Panaskan minyak, tumiskan bahan B dan kemudian masukkan rempah yang telah digaul tadi sehingga wangi dan garing.
  4. Kemudian, masukkan santan, daging atau ayam dan kentang. Masak dengan api sederhana sehingga menjadi lembut.
  5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment