12:10 AM

REMPAH KUAH NASI DAGANG

Posted by akhi alfadh


Menu nasi dagang sangat popular di kawasan Malaysia Timur, terutamanya di Kelantan dan Terengganu.. Bagi mereka yang meminati nasi dagang, jangan lupa mencuba Rempah Kuah Nasi Dagang keluaran kami, dan kini, sesiapa sahaja di Malaysia boleh menikmatinya dan mencuba untuk memasaknya di rumah. Anda tidak perlu lagi ke negeri-negeri pantai timur untuk menikmatinya kerana ia boleh disediakan di dapur anda dengan Rempah Nasi Dagang keluaran kami.

RESEPI KUAH NASI DAGANG

BAHAN-BAHAN
  1. 25 gm Rempah Nasi Dagang Puteri Ayu
  2. 600gm Ikan Tongkol (direbus terlebih dahulu)
  3. 1 biji kelapa (ambil santan)
  4. 10 ulas bawang merah
  5. 4 ulas bawang putih
  6. 2 keping asam keping
  7. cili api

CARA MEMASAK

  1. 10 ulas bawang merah ditumbuk bersama dengan 3 ulas bawang putih.
  2. Masukkan rempah kuah nasi dagang ke dalam bahan yang telah ditumbuk tadi dan gaulkan.
  3. Masukkan santan ke dalam periuk bersama rempah yang telah digaul.
  4. Masak hingga mendidih kemudian masukkan ikan, asam keping & cili api.
  5. Biarkan ikan masak & kecilkan api sehingga pecah minyak.
  6. Sedia untuk dihidang.
* (rebus ikan + garam + asam keping)


0 comments:

Post a Comment