12:43 AM

REMPAH DALCA

Posted by akhi alfadh

Rempah Dalca Pek 25gm


Rempah Dalca Pek 250gm

RESEPI DALCA

Bahan-Bahan
  1. 25gm Rempah Dalca
  2. 1 biji kelapa (ambil santan)
  3. 4 ulas bawang utih
  4. 1/2 inci halia & sedikit asam jawa
  5. 100gm kacang dal
  6. 200gm daging atau perut
  7. 10batang kacang panjang
  8. 2 biji ubi kentang

Bahan Penumis
  1. 4 ulas bawang merah (dimayang)
  2. 3 ulas bawang putih (dimayang)
  3. 5 kuntum bunga cengkih
  4. 4 biji buah pelaga
  5. sedikit minyak masak
Cara Memasak
  1. 10 ulas bawang merah ditumbuk bersama dengan 3 ulas bawang putih dan halia.
  2. perahkan air asam jawa kedalamnya dan masukkan rempah dalca
  3. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan penumis hingga berbau wangi
  4. Kemudian, masukkan rempah dan biarkan garing seketika.
  5. Masukkan santan, kacang dal, dan daging. Biarkan sehingga mendidih.
  6. Masukkan sayur - sayuran yang telah dipotong hingga masak
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  8. Sedia untuk dihidang.

0 comments:

Post a Comment