12:24 AM

Rempah Kurma

Posted by akhi alfadh


Pek kecil 26gm

Pek 250gm

Resepi Kurma

Bahan-Bahan
  1. 26gm Rempah Kurma
  2. 600gm ayam atau daging
  3. 3/4 biji kelapa (ambil santannya)
  4. 2 biji bawang besar
  5. 4 ulas bawang putih
  6. 10 ulas bawang merah
  7. 1/2 inci halia, 1 keping asam keping
  8. 1 cawan susu cair
  9. 4 biji ubi kentang
  10. garam dan gula secukup rasa
Bahan Penumis
  1. 4 ulas bawang merah (dimayang)
  2. 3 ulas bawang putih ( dimayang)
  3. 5 kuntum bunga cengkih
  4. 4 biji buah pelaga
  5. 1 kuntum bunga lawang
  6. kayu manis dan minyak masak
Cara Memasak
  1. 10 ulas bawang merah ditumbuk bersama dengan 4 ulas bawang putih dan halia
  2. Masukkan rempah kurma dan gaulkan
  3. Tumiskan bahan penumis hingga wangi. Kemudian, masukkan rempah dan biarkan garing seketika.
  4. Masukkan ayam,/daging. Kacau dan tutup periuk seketika dan biarkan empuk.
  5. Masukkan santan, susu cair, bawang besar dan ubi kentang.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa

0 comments:

Post a Comment