12:05 AM

Rempah Soto

Posted by akhi alfadh


Resepi Soto

Bahan-bahan

  1. 54gm Rempah Soto
  2. 1kg ayam (dipotong besar)
  3. 5 ulas bawang puteh.
  4. 10 ulas bawang merah
  5. 5 batang serai (dititik)
  6. 1 cawan minyak masak
  7. 10 cawan air
  8. garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk Mee
  1. Sedikit taugeh (dicelur)
  2. 10 biji tauhu kering (dibelah 4)
  3. Mee / mee hoon (dicelur)
  4. Daun sup dipotong halus
Bahan Sos (campur semuanya)
  1. 20 ulas cili api (ditumbuk lumat)
  2. 2 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
  3. garam dan gula secukup rasa
Cara Memasak
  1. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk dan tumiskan
  2. Masukkan rempah soto, air, serai, ayam dan masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  4. Setelah masak, keluarkan ayam dan siat. Ambil isinya sahaja.
  5. Sediakan bahan mee ke dalam mangkuk bersama isi ayam dan bawang goreng.
  6. Curahkan kuah soto ke atasnya
  7. Sedia untuk dihidang

0 comments:

Post a Comment